0

Cadangan Supplement Untuk Masalah Keguguran Kandungan (Miscarriage)

Assalamualaikum dan selamat pagi..Harini entry Eyda berkenaan dengan keguguran yang sering berlaku dikalangan wanita yang hamil peringkat awal.
Apa Itu Keguguran ?

  • Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar rahim ibunya.

Sebab-Sebab Terjadi Keguguran


1) Natural Selection – Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. Secara tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang rosak. Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan menyingkirkannya. Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima kesannya. Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya.


2) Ovum dan sprema yang mati sebelum membentuk janin. Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma.


3) Kecacatan struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing manis yang teruk. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh menyebabkan keguguran.


4) Penyakit keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Keputihan biasanya disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan menjangkiti rahim. Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya.

——————————————————————————————————–

Sebab-sebab yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12 minggu (trimester pertama). Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu, masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Ini termasuklah masalah uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak berupaya menahan tekanan.


Faktor rahim ibu tidak cukup hormon. Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan normal. Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya.

———————————————————————————————————



Tanda-Tanda Keguguran
  • Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu.
  • Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius.
  • Pendarahan semasa mengandung.
  • Perut mengecil secara tiba-tiba.
  • Ibu demam, tidak sihat atau pengsan.

Rawatan

  • Rawatan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.
  • Imunisasi dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu mengandung lagi.
  • Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik. Ini juga boleh didapati dalam Cadangan Supplement Keguguran Shaklee.
  • Sekiranya ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu dilakukan bagi membuang sisa kandungan.
  • Tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihkannya. Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh terjadi sekiranya dibiarkan.
  • Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan.
  • Selain itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi.
  • Ubat hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang hormon.

Tips

  • Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal. Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.
———————————————————————————————————

Cadangan Supplement Shaklee Untuk Masalah Keguguran :

  1. B-Complex (With Acid Folic)
  2. Vita-Lea (Multivitamin with Iron Formula)
  3. Vita C Sustained Released 500mg
  4. Zinc Complex
  5. ESP (Soy Protein Isolate Powder)
  6. Ostematrix (Calcium with Vitamin D & Magnesium)
ADD ON : Gla Complex / Alfalfa Complex

———————————————————————————————————



1) B-Complex (With Acid Folic)

  • Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan di kalangan ibu keguguran. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.

2) Vita-Lea (Multivitamin with Iron Formula)

  • Vitalea sangat penting untuk ibu keguguran. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.




3) Vita C Sustained Released 500mg

  • Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.

4) Zinc Complex

  • Zink paling penting dalam proses pemulihan luka dalaman. Mambaik pulih luka dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh keguguran.
5) ESP (Soy Protein Isolate Powder)

  • ESP Susu Soya Protein pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.


6) Ostematrix (Calcium with Vitamin D & Magnesium)

  • Ostematrix adalah kalsium. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot di kalangan ibu keguguran. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.

========================================================================


Kesimpulannya Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran diakui dapat memenuhi keperluan para ibu keguguran bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum. Selain itu, Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan. Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya.



In shaa Allah kita sebagai manusia tidak salah untuk berusaha dan berikhtiar..Selebihnya kita serahkan pada YANG MAHA ESA..In shaa Allah pasti akan ada rezeki buat ibu-ibu diluar sana..Aminn

Sebarang pertanyaan/order/info boleh hubungi Eyda di :

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Advertisements
0

VITA-LEA Shaklee, Multivitamins & Multiminerals yang Hebat ! [ Promo Feb 2014 ]




Keistimewaan Shaklee

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya
dikenali sebagai ‘Vitalize-Mineral’ dan disingkatkan sebutan kepada ‘Vita-min’, dan perkataan
vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.



1st multivitamin 1915
Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang
terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai ‘Explo-Tab’. Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh
mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65 %. Vita-Lea telah dipilih oleh Centre fo Science di Amerika Syarikat sebagai ‘THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Kebaikan UTAMA Vita-Lea Iron Formula Shaklee : 

  • Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun berkerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran semata (vegetarian) dan juga anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi Organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
***source : buku panduan nutrisi shaklee

Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang. Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi keperluan hampir seluruh badan.Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:
  1. Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
  2. Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
  3. Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi.
  4. Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot.
  5. Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang.
  6. Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung.
  7. Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak.
  8. Lain-lain – Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*
  9. Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk ( penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea.
Selain itu juga, ia adalah antara suplimen terpenting untuk diet atau slim yang mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa
 bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit sentiasa tegang. Ibu-ibu yang mengandung dan
menyusukan anak, sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan
zat dan vitamin serta keperluan zat besi oleh si bu dan ianya juga penting untuk tumbesaran
anak.


Siapa Memerlukan Multivitamin : 


– Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan
kecergasan tubuh jangka panjang
– Individu yang tidak lengkap diet hariannya
– Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
– Remaja yang sedang membesar
– Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
– Lelaki – semua peringkat umur dewasa lelaki
– Individu yang menopous
– Wanita yang baru bersalin

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu :
  • Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
  • Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan,
  • penglihatan dan pembinaan tisu.
  • Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat
  • dalam tubuh
  • Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.
(* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah
sebarang penyakit.)
***********************************************************************
Harga biasa Vita-lea Iron Formula ni ialah RM88.75 (120tablets)/bottle..
Now PROMOSI FEBRUARI 2014 BUY 6 FREE 1..
Anda dapat jimat BERGANDA-GANDA!!!

Sebotol tak sampai RM65 pun 🙂
Beli banyak lagi JIMAT ..


INFO & ORDER :
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
ID 892528
SMS/WHATSAPP 0111-2909545
0

[ TESTIMONIAL ] Masalah Sembelit Semasa Hamil Hilang Dengan Set Kehamilan Shaklee

Assalamualaikum..Selamat malam 🙂 Buat apa tu?Mesti tengah rehat bersama keluarga kan??Sambil-sambil tu jom baca testimoni customer eyda yang telah consume Set Kehamilan selama seminggu dan masalah sembelit yang dihadapinya selama ini hilang..Alhamdulillah..suka eyda mendengarnya.


Ini merupakan supplement yang diambil oleh beliau :

SET KEHAMILAN TRIMESTER 1

  • VITA-LEA
  • B-COMPLEX
  • VITA C CHEWABLE
  • OSTEMATRIX




INFO & ORDER :
Shaklee Independent Distributor
ID 892528
Sms/whatsapp 0136950675
0

Cadangan Supplement Untuk Masalah Kencing Manis (Diabetic)

Assalamualaikum semua ..selamat pagi 🙂 Harini entry tentang penyakit kencing manis atau diabetes .


Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.

Penjagaan pesakit diabetes dalam program diabetes Shaklee sama sekali tidak bertujuan untuk menyembuhkan sakit diabetes ini sebaliknya mengawal kandungan gula dalam darah, sekaligus mengawal diabetes dari menjadi lebih teruk.

Penyakit kencing manis semakin menular di kalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. 

Penyakit kencing manis membawa kepada :

  • Penyakit Jantung
  • Penyakit Buah Pinggang
  • Luka Lambat Sembuh
  • Hilang Fungsi Saraf


Tanda-Tanda Awal Diabetes:

1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit



Antara Tanda-Tanda Kencing Manis :

  • Sering Dahaga
  • Sering Lapar
  • Kerap Membuang Air Kecil
  • Lemah Badan
  • Penurunan Berat Badan Yang Cepat
  • Penglihatan Semakin Kabur
  • Pening Kepala
  • Luka Lambat Sembuh
  • Masalah Seksual
  • Jangkitan Vagina

Ini merupakan pilihan set vitamin untuk penyakit diabetes yang membantu pesakit diabetes berasa lebih sihat dan kadar diabetes melitus menurun.

PILIHAN 1

  • ESP
  • VITA-LEA
  • GLA COMPLEX
  • VITA-C
  • ZINC COMPLEX
  • ALFALFA COMPLEX
  • B-COMPLEX
1) ESP 

– Bantu kekal paras gula normal dalam darah dan pembaikan luka


2) VITA-LEA

mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.

3) GLA COMPLEX

– membawa kesan positif pada diabetes neuropathy


4) VITA-C 

– Mengukuhkan kapilari dan salur darah


5) ZINC COMPLEX

– Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat


6) ALFALFA COMPLEX

– Kromium (GTF), membantu stabilkan gula dalam darah


7) B-COMPLEX

tukar gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga.



PILIHAN 2





1) VIVIX

– Menstabilkan gula dalam darah. Terdapat potensi yang besar bagi menormalkan tahap gula dalam darah anda dan itu adalah berita besar untuk berjuta-juta rakyat Malaysia yang mengalami wabak penyakit kencing manis baru-baru ini. Jika anda berumur lebih 50 tahun, anda mungkin jatuh ke dalam zon kelabu yang dikenali sebagai pra-diabetes. Ertinya, walaupun anda tidak menunjukkan tanda-tanda masalah gula dalam darah mereka boleh hanya sekitar sudut.


– Polyphenols dalam Vivix mencegah degenerasi sel pankreas mengurangkan risiko penyakit kencing manis

Pilihan set kencing manis ini bergantung kepada anda 🙂 Boleh pilih mengikut kesesuaian bajet anda.Namun sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih tak salah jika anda memilih VIVIX kerana kandungan dalam sebotol VIVIX mampu memberi banyak manfaat dan khasiat kepada anda 🙂


Untuk order dan info lebih lanjut boleh hubungi eyda di :

INFO & ORDER : 
Shaklee Independent Distributor
ID 892528
Sms/whatsapp 01112909545
0

Cadangan Gabungan ESP Bersama Vitamin/Supplement untuk Kesihatan Sejagat :)


✰✰✰ Jom nikmati ESP untuk pelbagai khasiat ✰✰✰



➀ ESP + Vita-E Complex : kulit cantik dan cerah/natural beauty tanpa perlu bermekap.


**********************************************************************************************************************************************************************
➁ ESP + OmegaGuard : kurangkan risiko keguguran @ bayi pra-matang.








**********************************************************************************************************************************************************************



➂ ESP + Vita-Lea Iron Formula : kesihatan optimum.




**********************************************************************************************************************************************************************
➃ ESP + Lecithin : mengembalikan bentuk badan selepas bersalin/kurus.





**********************************************************************************************************************************************************************
➄ ESP + Alfalfa : payudara anjal/milk booster.




**********************************************************************************************************************************************************************
➅ ESP + GLA Complex : ikhtiar untuk hamil/kesuburan/kulit cantik


**********************************************************************************************************************************************************************
➆ ESP + OsteMatrix : sakit kepala/kurangkan jaundis untuk bayi yang menyusu ibu.


**********************************************************************************************************************************************************************

➇ ESP + Zinc Complex : sembuhkan luka bersalin @ pembedahan.



**********************************************************************************************************************************************************************


➈ ESP + Performance Drink : kekal bertenaga ketika berpuasa.







Kenapa ESP SHAKLEE jadi protein soya pilihan ramai?


❏ Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. 



❏ Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.



❏ Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. 



❏ ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. 


❏ Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. 



❏ Menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung. 


❏ Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes. 



❏ Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, dan 12x ganda susu. 


❏ Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia dan tidak membebankan buah pinggang. 



❏ Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong tulang yang kuat. 



❏ Mempunyai kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menapous. 



❏ Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah. 



❏ Tiada perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein, atau bahan tambahan selainnya. 



❏ ESP sesuai untuk vegetarian. 


Banyakkan variasi gabungan ESP ??Berminat?Boleh hubungi eyda di :


INFO & ORDER :
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID – 892528
SMS/Whatsapp: 0136950675
0

Cadangan Supplement untuk Breastfeeding

Assalamualaikum dan selamat pagi semua :-)..
Ibu-ibu semua dah bangun?? Harini hujung minggu, bolehla ibu-ibu semua berehat ye :-)..Sambil berehat tu apa kata luangkan masa baca entry eyda kali tentang supplemen/vitamin untuk ibu-ibu yg ingin mengamalkan breastfeeding ataupun yang mahu menambahkan stok susu badan 😀

Optimum Breastfeeding Supplement


Dibawah ini adalah antara cadangan supplemen/vitamin untuk breastfeeding.Semuanya boleh diambil mengikut bajet ibu-ibu diluar sana 🙂

***********************************************************************

1. ESP – Energizing Soy Protein

Awet Muda atau Kekal Muda : Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.

● Hormon Semulajadi : Isoflavon yang kaya di dalam soya memberikan fungsi yang sama dengan hormon wanita. Membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

● Meningkatkan Fungsi Prostat Lelaki : Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi DNA, yang akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain dari itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim, prostat dan kitaran haid.

● Kulit Tegang dan Berseri : ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang.

● Pembekal Tenaga Segera : Memberi tenaga segera kepada tubuh badan dan sistem imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi.

● Meningkatkan Memori : Ingatan menjadi lebih kuat, menjadi semakin cergas, keupayaan seksual diperbaiki dan lain-lain lagi.

● Memulihkan Pigmentasi : Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang pigmentasi dan jeragat.

2. VITA-LEA


Penambahan tenaga segera : Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

● Pelengkap nutrisi : Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian)  dan anemia.

● Keupayaan sistem Produktif : Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

● Elemen penting pada sel tubuh : .

Melindungi organ  – Melindungi fungsi buah pinggang , jantung dan hati.

3. ALFALFA COMPLEX



● Raja segala tumbuhan Mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.

● Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian.

  • Melegakan sakit sendi dan belakang. 
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan. 
  • Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita). 
  • Merawat arthitisBagus untuk elergi dan ekzema 
  • Merawat athma 
  • Mencuci usus bagi membuang toksik 
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor 
  • Meneutralkan asid dalam badan 
  • Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita). 
  • Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita). 
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita). 
  • Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita). 
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  • Meningkatkan stamina seorang suami 
  • Melegakan sembelit 
  • Membuang angin dalam badan 
  • Milk booster 

4. B-Complex



● Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif : Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.


● Mudah di telan : Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin.


● Vitamin B : menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma

● Vitamin B2 : Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.


● Vitamin B3 : Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental

● Vitamin B5 : Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang.


● Vitamin B6 : Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi.


● Vitamin B9 : Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan

● Vitamin B12 : Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram.




5 . OSTEMATRIX


  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal* 
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf* 
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.* 
  • OsteMatrix Membekalkan:1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi 
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya 
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium .

6. VITA-C SUSTAINED RELEASED 500MG

  • Membentuk Kolagen – Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan – Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar. 
  • Peningkatan Sistem Imun – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema. 
  • Memerangi kanser – Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan. 
  • Mencantikkan Kulit – Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 
  • Memperbaiki Insomnia – Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. 
  • Mengekalkan kolestrol sihat – ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi. 
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545