0

Supplement Shaklee Untuk Tingkatkan Kesuburan Wanita

Assalamualaikum readers :):)

Sudah tentunya dalam setiap pasangan mengimpikan mempunyai cahaya mata sendiri.. terutamanya wanita.Siapa yang tidak mahu hamil, dan melahirkan zuriat sendiri bukan?Semua wanita ada impian yang sama.. namun begitu, rezeki itu semua di tangan Allah.. siapa kita untuk mempertikaikan rezeki Allah.. cepat atau lambat, semuanya Allah dah tentukan.. sebagai hamba-Nya, kita kena sentiasa usaha, jangan putus asa, redha dan tawakal dengan ketentuan Allah..

image

Pengambilan supplement merupakan salah satu usaha kita untuk hamil… ini kerana supplement membantu memenuhi nutrisi di dalam badan anda supaya ia berfungsi dan bertindak dengan lebih baik..Supplement ini juga membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita dan ini dapat meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.. in shaa ALLAH.. pengambilan supplement Shaklee secara konsisten, sentiasa berdoa pada Allah, in shaa ALLAH, ALLAH akan berikan apa yang kita impikan… ingat… usaha + doa + tawakal.. itu penting..:)

Apakah supplement Shaklee yang boleh membantu anda?

image

Gla Complex Shaklee

1) GLA COMPLEX

✔ Membantu untuk menstabilkan kitaran haid.
✔ Membantu untuk menghasilkan lendir serviks yang berkualiti yang membantu meningkatkan kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur.
✔ Membantu menstabilkan hormon dan mencegah aktiviti sel yang abnormal seperti cyst.

image

B-Complex Shaklee

2) B-COMPLEX

✔ Lengkap dengan kesemua vitamin b yang diperlukan.
✔ Juga mengandungi vitamin B6 (asid folic) yang penting untuk persenyawaan telur oleh sperma.

image

ESP Shaklee

3) ESP

✔ ESP kaya dengan kandungan protein yang merupakan makanan asas kepada sel, dan sel yang sihat membantu memudahkan proses yang berkaitan dengan persenyawaan, dan lain-lain.

✔ ESP membantu membentuk tisu rahim, serta membantu membentuk sel ovum dan sel sperma yang sihat.
  

image

Alfalfa Complex Shaklee

4) ALFALFA COMPLEX

✔ Merupakan sejenis pokok herba yang dikenali dengan khasiatnya dan juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti Vitamin A, C, dan E, kalsium, potassium, fosforus.

✔ Membantu mengatasi masalah keputihan yang sering berlaku di kalangan wanita.. Masalah keputihan inilah yang mengganggu persenyawaan telur di dalam rahim.

image

Cadangan Pilihan Untuk Set Kesuburan Shaklee (Wanita)

Untuk testimoni, click link ini ☛ Testimoni Set Kesuburan Shaklee – Hamil dengan GLA!

Dapatkan supplement Shaklee anda hari ini juga! :):)

Setiap pembelian supplement Shaklee dari kami, akan mendapat FREE CONSULTATION dan TIPS ekslusif daripada Eyda,Nutrisisihat.com.

Eyda Sukiman
ID 892528
Sms/whatsapp 01112909545
Mummy Healthy Vita Store

Advertisements
0

Berpantang Dengan Set Bersalin Shaklee

Assalamualaikum semua ! Harini bersiaran dari “rumah baru” hehe 🙂 Dengan rasminya semalam Eyda telah berpindah dari mummyhealthyvitastore.blogspot.com ke eydasukiman.wordpress.com .Harapnya anda semua suka dengan perubahan baru website Eyda ini .

Nak cerita pengalaman Eyda berpantang sepenuhnya dengan Set Berpantang Shaklee.

Sekarang makin ramai yang sedar tentang kesan pengambilan jamu. Macam Eyda dulu,masa berpantang anak sulung,Qayyim, Eyda pernah beli set berpantang yang ada jamu (Nona Roguy kalau tak silap Eyda).Beli pun sebab ummi Eyda cakap elok tapi akhirnya tak makan langsung sebab Qayyim kena jaundis (demam kuning).Masa tu baru seminggu bersalin.Tapi lepas Qayyim dah habis kena jaundis tu langsung tak makan jugak.Ambil memang ambil tapi selalu sangat skip.Hehe ..Sama juga masa bersalinkan anak kedua, Khalish..Beli Set Bersalin Salindah,pun tak habis makan..Eyda kena sembelit teruk.Meraung time kena tu..Seksa badan. Masa berpantang kedua-dua anak sebelum ni tu memang tak tahu langsung yang kalau baby kuning, kita tak boleh makan jamu. Sebab nanti jaundice baby lagi tinggi. Lastly Eyda tak makan apa-apa jamu ataupun supplement pun.Lagipun masa tu Eyda pun belum jumpa Shaklee lagi.Hinggalah Feb 2013 (time tu Fully Breastfeed Khalish) jumpa Shaklee ni..Lepas tengok banyak-banyak-banyak sangat testimoni/pengalaman orang yang pernah consume Set Bersalin Shaklee ni terus Eyda tanam niat dalam hati,andaikata mengandung lepasni memang nak fully consume Set Kehamilan Shaklee – Set Bersalin Shaklee – Set Menyusu Shaklee. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki Eyda consume ketiga-tiga set ini tahun ini (2014) 🙂

Nak sharelah serba sedikit pengalaman Eyda consume Set Bersalin Shaklee ni kan.

Image

  • Sejurus after bersalin Eyda ambil Esp + Ostematrix nak bagi hilang lenguh-lenguh badan + tambah tenaga(memang berkesan)
  • Luka cepat sembuh(hari ke7 pantang nurse datang cek luka dah kering)
  • BABY GEBU + PUTIH(Sampaikan nurse & doctor pun tegur “Baby awak macam Chinese,Putihnya!”)
  • Susu badan memang banyak.
  • Baby langsung tak kena jaundis(demam kuning)
  • Badan rasa segar + bertenaga
  • Takde sakit urat dan lenguh badan
  • Rahim cepat mengecut(bidan yang cakap masa datang urut)
  • Langsung tak kena sembelit
  • Sangat energetic sebab rasa sihat tak macam lepas bersalin.
  • Rambut Alhamdulillah langsung tak gugur.
  • Dapat bonus lain  Ramai yang tegur kulit muka nampak cerah + flawless (saya memang jenis tak suka makeup..memang natural face macam tu je.Mula-mula tak caya orang cakap sampailah che suami tegur 2,3hari lepas cakap muka nampak lain.)

Alhamdulillah..rezeki Allah beri pada saya masa mengandungkan ank ke3 ini dapat consume Shaklee..Now memang ternyata Shaklee memang BERKESAN .

Supplemen

Sebenarnya Set Bersalin Shaklee ni lebih kurang je dengan Set Menyusu Shaklee, cuma Alfalfa digantikan dengan Zinc. Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, Zinc jugak dapat mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan ataupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah ‘kedinginan’ selepas bersalin :)

Set Vitamin Ibu Menyusu Shaklee (3M)

Mari kita lihat semula apa fungsi Set Asas ( VitaLea, B Complex, dan Vitamin C )  yang ada dalam Set Bersalin Shaklee ni.

 

Image

 

1. VitaLea Shaklee (multivitamin)
– Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan)
– Mengandungi iron (zat besi) yang penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin
– Tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

B-Complex Shaklee

 

2. B Complex Shaklee
– Anti stress (sebagai penenang dan mengelakkan meroyan)
– Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga: memastikan badan bertenaga waktu dalam pantang
– Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
– Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
– Melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam walaupun ketika dalam pantang
– Walaubagaimanapun, pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu

 

Vitamin C Shaklee

Vitamin C Shaklee

3. Vitamin C Shaklee
– Mengurangkan stretch marks!
– Mempercepatkan penyembuhan luka
– Memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin
– Sangat penting untuk menjaga salur darah
– Antioksidan
– Membuatkan kulit makin bersih, cerah, dan cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik

 

Alfalfa Shaklee

Alfalfa Shaklee

Boleh juga add on Alfalfa Shaklee sebagai milk booster, mengatasi masalah keputihan, dan sebagai perapat! Hehe.

– Supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat
– Bantu memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat
– Bantu perkumuhan (lebih lawas)
– Buang angin dalam badan. Secara automatik kesan baik pd baby iaitu susah nak kena kembung
– Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang.
– Berada dalam kategori fiber dan mengenyangkan
– Mengatasi masalah keputihan yang dialami ramai wanita especially selepas melahirkan anak
– Bertindak seperti Kacip Fatimah (perapat wanita)

ESP Shaklee

ESP Shaklee

 

Ostematrix Shaklee

Ostematrix Shaklee

Supplements tambahan lain yang boleh diambil ialah ESP dan Ostematrix. Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu.

 

Lecithin Shaklee

Lecithin Shaklee

Boleh add on Lecithin untuk ibu-ibu yang nak turunkan berat badan sewaktu pantang. Memang selamat untuk ibu-ibu yang menyusukan. Juga membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah sembelit ketika berpantang.

Agak panjang entry kali ni sebab banyak option yang boleh add on kepada Set Bersalin Shaklee ni. Yelahkan, dalam pantang lah kita jaga diri kita elok-elok. Nanti nak beranak lagi. Nak jaga diri untuk suami juga nanti. Betul tak? :D

 

Terpulanglah kepada anda untuk memilih mengikut keperluan sewaktu di dalam pantang. Kalau ada yang berminat dengan Set Bersalin ni, bolehlah SMS or Whatsapp Eyda di 0111 290 9545. Or pm Eyda kat Pages Manager Eyda, klik like badge pages Eyda kat sebelah kanan blog ni. Then bagitahu anda nak tahu lebih lanjut tentang breastfeeding set ni. Nanti Eyda reply ya :)

 

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
0

Testimonials : Jerawat dan parut jerawat makin pudar dengan pengambilan Shaklee ESP, Alfalfa dan Vitamin E

Assalamualaikum semua 🙂 Malam ini Eyda nak share testimoni salah seorang pengguna yang mengalami masalah kulit berjerawat.Dan Alhamdulillah setelah beliau consume 3 produk Shaklee yang disyorkan iaitu ESP , ALFALFA COMPLEX & VITA-E COMPLEX..parut jerawatnya semakin berkurangan dan pudar :). Jom kita lihat pengakuan dari beliau sendiri.


[Testimonial dari Pn. Ema, jerawat dan parut jerawat makin pudar dengan pengambilan Shaklee ESP, Alfalfa dan Vitamin E]



Testimoni bergambar Puan Ema

Gambar No.1
– Awl tahun 2013,punca gara2 salah pakai produk.Dah mcm2 produk saya cuba utk hilangkan jerawat,tapi sayang,jerawat makin menjadi2.

Gambar No.2
Pertengahan tahun 2013,saya cuba produk shaklee.Selepas 2-3 bulan mcm tu la(Tak berapa nak ingat)dgn pengambilan ESP+Alfalfa+Vit E.Jerawat mula kering.

Gambar No.3
– Parut makin pudar.

Gambar No.4
– Anda nilaikan sendiri hehehe….

Note: Gambar takde nak edit2 ye.camera2 360 tu semua takde.Ini gambar real ye .
I LIKE SHAKLEE



Ini merupakan supplement yang diambil oleh Puan Ema untuk masalah jerawatnya :


ESP

ALFALFA COMPLEX

VITA-E COMPLEX


  1. ESP – Energizing Soy Protein Isolated Powder
  2. ALFALFA COMPLEX
  3. VITA-E COMPLEX


Fungsi dan Peranan bagi setiap produk :

1) ESP
  • Kekal Muda : Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 

  • Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

  • Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki – genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

  •  Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

  •  Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

  •  Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

  • Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

2) ALFALFA COMPLEX


  • Alfalfa adalah tumbuhan kekacang yang berakar panjang yang boleh menyerap banyak zat makanan yang jauh ke dalam tanah. Ia menjadi gudang untuk banyak vitamin yang penting seperti Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niasin (B3), Piridoksin (B6), vitamin A, E dan asid pantotenik.
  • Mineral yang ditemui dalam Alfalfa ialah kalsium, besi, mangan, magnesium, kuprum dan zink. Khasiat Alfalfa – : Kajian makmal telah mendapati Alfalfa mengandungi 3% asid aspartik yang berfungsi untuk, Mengnyah amonia, Menolong melindungi sistem saraf pusat, merawat keletihan dan meningkatkan stamina.
  • Baik Untuk Penyakit Berikut:

1. Kencing Manis
2. Darah Tinggi
3. Jantung
4. Sembelit
5. Cuci Usus dan membuang toksid dalam badan
6. Badan lemah
7. Tingkat stamina lelaki dan seks
8. Milk Booster – Menambah susu ibu
9. Kurangkan berat badan
10. Kacip Fatimah Moden Wanita

Khasiat Daun Alfalfa

# Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
# Melegakan sakit sendi dan belakang.
# Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
# Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Pepermint)
# Memberi kelegaan semasa haid.
# Merawat arthitis
# Bagus untuk elergi dan ekzema
# Merawat asma
# Mencuci usus bagi membuang toksik
# Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
# Meneutralkan asid dalam badan
# Merawat masalah keputihan pada wanita
# Membesar dan menegangkan payudara
# Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
# Memulihkan urat selepas bersalin
# Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
# Meningkatkan stamina seorang suami
# Melegakan sembelit



3) VITA-E COMPLEX

  • Antara kebaikan grape seed extract – 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E, dan 50 kali lebih besar daripada vitamin C!! Bagus untuk kulit cantik, kulit licin, awet muda..antioksidan yg best..dan jgn lupa as VITAMIN CINTA.

  1. Mengurangkan radang (inflammatory)
  2. Menyingkirkan radikal bebas (radikal bebas dlm badan menjadi penggangu tahap kesihatan, jerawat) Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  3. Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  4. Mencegah masalah kelenjar prostat
  5. Melambatkan proses penuaan
  6. Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  7. Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  8. Membantu fungsi sistem saraf otak
  9. Meningkatkan daya pertahanan

Khasiat ASAS Vita-E Complex Shaklee

  • Vitamin E membuatkan anda nampak muda, Vitamin E melambatkan proses penuaan.
  • Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
  • Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan
  • Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar
  • Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka
  • Pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap di aerola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
  • Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.
================================================================================
Bagi anda yang nak mencuba CADANGAN SET JERAWAT ni..bolehla hubungi Eyda untuk info lebih lanjut..In shaa Allah kita akan suggestkan mengikut keperluan dan bajet anda 🙂
Okey ..setakat ini sahaja dulu malam ini..Apa2 pertanyaan atau nakkan konsultasi boleh hubungi Eyda di :
SID : 892528
Sms/Whatsapp : 01112909545

0

Cantik Berseri Dengan Cadangan Set Kecantikan Shaklee

Assalamualaikum semua..Apa khabar anda? 🙂 Entry kali ni Eyda nak kongsikan tentang Cadangan Set Kecantikan Shaklee..Mesti ramai yang teruja nak tahu pasal Set Kecantikan ni kan? Jom baca..


Bila bercakap mengenai wajah cantik berseri ni pasti ramai yang mengimpikannya. Terutamanya untuk mummy-mummy yang sentiasa ingin cantik, vourge dan anggun. Walaupun sudah beranak pinak tapi kecantikan luar dan dalam mesti dipelihara rapi. Bukan untuk siapa pon. Untuk suami kita juga kan? Betul tak? Kalau selekeh jer dan tidak pandai menjaga kecantikan suami pun segan dan mulalah mencari alasan untuk meminggirkan diri dari isteri.Mau mengamokk tak sudah kan? hehe..Apa-apapun..kesihatan luar dan dalam sama pentingnya..


Oleh itu disini Eyda ada cadangan untuk anda-anda diluar sana yang mempunyai masalah kulit.Contohnya seperti kulit kusam..tidak bermaya,tona kulit tak sekata..dan macam2 lagilah..Yelah..siapa yang nak kulit bermasalah kan?Oleh itu jom cuba cadangan SET KECANTIKAN SHAKLEE ni..Ianya bukan sahaja bagus untuk kecantikan luaran..namun ianya “memperbaiki” struktur kulit kita dari dalam.Bagus bukan? Bukan setakat cantik luar tapi dalam pun haruslah cantik.

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok…


Cadangan Set Kecantikan Kulit Shaklee

Ini merupakan antara produk yang ada dalam cadangan Set Kecantikan Shaklee :


  • ESP (Soy Protein Isolate Powder)
  • Vita-E Complex
  • Vita-C Sustained Released 500mg
  • B-Complex

Fungsi dan Peranan bagi setiap produk Set Kecantikan Shaklee :

1) ESP (Soy Protein Isolate Powder)

  •  Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  •  Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  •  Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  •  Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  •  Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. Testimoni sebenar dari  rakan saya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa kurang  dari sebulan hanya dengan ESP.
  •  Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
  •  Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda  akan cepat kenyang dan kurang meragam
  •  Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap  optimum
  •  Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel  ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan  dan meningkatkan peluang untuk hamil.
  •  Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

2) Vita-E Complex
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

3) Vita-C Sustained Released 500mg
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit

4) B-Complex
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat

>>> Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:




  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
============================================================================
Mari kita lihat beberapa testimoni pelanggan yang telah menggunakan SET KECANTIKAN SHAKLEE ini.
testimoni 1

testimoni 2
testimoni 3

Untuk kesan yang lebih cantik dan juga untuk masalah kulit tertentu, anda juga boleh mengambil GLA Complex. Boleh hubungi saya untuk mengetahui produk apa yang sesuai untuk anda. Sila nyatakan terlebih dahulu masalah anda. InsyaAllah saya akan membantu anda.Yang penting FREE CONSULTATION 🙂

Yang lagi best..ESP ada promo sekarang tau..Beli 6 Percuma 1..rugi sangat kalau anda tak grab sempena promosi ni !! Harga dijamin MAMPU MILIK + BERBALOI !!


Okey sekiranya anda berminat dengan SET KECANTIKAN ini..anda boleh hubungi Eyda di :

Sms/Whatsapp : 01112909545
Have a nice day ! Assalamualaikum..

0

PROMO MAC 2014 – ESP (Energizing Soy Protein Isolated Powder) BUY 6 FREE 1

Assalamualaikum semua 🙂


Alhamdulillah..kita telah pun melangkah masuk ke bulan MAC 2014..Nak tahu apa promo bulan ni?
heee special tau promo bulan ni..Memang promo bulan ni sangat2 dinantikan semua orang !!

Tadaaaaa !! Promo Bulan MAC 14 ialah ESP !! HOT ITEM SEPANJANG MASA..Bayngkan kalau bukan musim promo pun ESP ni memang laku bertong-tong..Nikan pulak bila dah promo ni confirm beratus-ratus tong akan habis! Risau jugak kalau stok di warehouse habis..sebab ESP ni memang LARISSSS macam goreng pisang PANASSS..Hehehehe..

Macam yang anda tahu..ESP ni memang banyak fungsinya..Sebab tu ESP ni ada dalam kesemua cadangan set yang disediakan..




===========================================================================================

Apa itu ESP?


–> ESP adalah minuman soya yang membekalkan protien. Protien adalah makanan yang penting untuk tubuh kita.Tubuh badan kita terdiri daripada protien seperti tulang, kulit, rambut, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protien untuk menjalankanfungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.


Menarik tentang ESP adalah;


– ESP ni adalah sumber protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.
– ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi dan ia bebas dari kolestrol ia juga rendah lemak.
– ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.
– ESP bantu untuk kekalkan paras gula dalam darah.
– ESP bantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan pembentukan otot baru,
– ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.
– ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.





Disebabkan itu, badan kita sangat memerlukan PROTIEN. Sebabnya MAKANAN UTAMA bagi SEL ialah PROTIEN. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.


Khasiat ESP adalah;


1. Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 


2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.


3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki – genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.


4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.


5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.


6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.


7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

==========================================================================================================================================================================================




Banyakkan kelebihan ESP ni?? Sudahla bulan ni bulan promo ESP..Apakata anda dapatkan 1 canister untuk diri anda..Belum cuba belum tahu tau..Dah cuba mesti rasa nak lagi 🙂

Sebarang pertanyaan boleh direct hubungi Eyda k ?

SID 892528
SMS/WHATSAPP 01112909545





0

Khasiat Soya ESP



ESP (Soy Protein Isolate Powder Shaklee) sangat-sangat disukai oleh pelanggan Shaklee yang telah merasai keberkesanannya dan merupakan produk GORENG PISANG PANAS Shaklee.


ESP telah membantu ramai pengguna Shaklee diseluruh dunia dalam meningkatkan kesihatan tubuh badan dan memperlengkapkan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Kesan terbaik yang dirasai yang membuatkan para pengguna jatuh cinta dengan ESP Shaklee ini ialah:



1. ESP menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana 
ESP Shaklee berfungsi sebagai sumber bekalan tenaga yang konsisten

2. Protein susu soya mengurangkan kolestrol 

3. Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian
dan soya isoflavones.

4. Sangat membantu dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu

5. Antara manfaat 9 asid amino ialah dapat mencantikkan, menghaluskan dan
meremajakan kulit 

6. Mengurangkan gejalan menopous

7. Mengekalkan ketumpatan tulang

8. Menjaga kesihatan jantung

9. Bermanfaat dalam membantu melambatkan pertumbuhan pelbagai jenis kanser

10. Khasiat soya membantu menghentikan sel-sel lemak daripada bertambah

11. Khasiat soya ESP Shaklee juga rendah kalori dan membantu mengurangkan berat 
badan

12. Mengurangkan tekanan darah tinggi.

13. Asid amino dalam susu soya akan menukarkan makanan menjadi tenaga dengan 
lebih efektif.

14. Mengawal kestabilan hormon terutamanya melambatkan menopous.




Jangan ambil mudah keperluan protein harian anda. Keperluan protein bertambah apabila anda mengandung dan menyusukan manakala faktor usia yang semakin bertambah menyebabkan kandungan protien dalam tubuh akan berkurangan.




Kesan kekurangan Protein

1. Metabolisma badan menjadi rendah dan berat badan mudah naik
2. Kadar penyerapan kalsium dan pemuliharaan kalsium tulang terjejas. Kekuatan tulang 
berkurangan.
3. Mood yang berubah – tidak ceria dan hati tidak tenang
4. Kekurangan protein menyebabkan gula dalam darah tidak stabil
5. Menyebabkan penyakit Marasmus – kadar perkembangan fizikal seseorang terbantut
Oleh sebab itu, ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan protein yang cukup
untuk perkembangan fizikal dan mental anak yang sihat.
6. Menyebabkan penyakit Kwasyiokor – bendalir tisu berkumpul dalam badan menyebabkan
penghidap mengalami perut buncit dan cirit-birit dan kehilangan selera makan



Sebagai pengguna yang bijak, kita harus memilih produk kesihatan yang terbaik dan selamat agar kita mempunyai tubuh badan yang sihat dan hidup yang ceria demi ahli keluarga tersayang selain tidak memberikan kesan mudarat dalam jangka masa panjang. Tambahan bagi yang ibu yang mengandung dan menyusukan perlu berhati-hati dalam memilih sumber makanan dan supplement yang selamat dan tidak menjejaskan kandungan dan anak. Apa yang dimakan akan disalurkan kepada anak kita.




Kenapa ESP Shaklee Jadi Pilihan dan ‘Hot Product’


1.Protein Soya ESP Shaklee berkualiti tinggi dan berkesan serta selamat untuk pengguna


2. Protein soya ESP Shaklee adalah berasaskan soya bukan-GMO berkualiti tinggi 
dengan semua asid amino termasuk 9 asid amino penting yang diperlukan tetapi tidak 
dapat dihasilkan oleh tubuh.


3. Protein soya bukan-GMO ESP Shaklee dihasilakn di bawah Identiti Perservation 
Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses
menanam hinggalah saat pemprosesannya.


4. ESP Shaklee rendah lemak, bebas laktosa dan kolestrol


5. Protein Soya Shaklee ditanam secara organik, bebas gluten bebas yis, laktosa bebas 
dan tidak mengandungi tiruan, perisa, pemanis, warna atau pengawet.


6. Shaklee Protein Soya mengandungi SEMUA sembilan asid amino, yang di PERLUkan 
setiap hari supaya sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan betul, dan tubuh dapat 
membuat hormon, jus penghadaman, enzim, sel-sel yang sihat baru serta antibodi.


7. ESP Shaklee telah ditambah kalsium jadi ia tidak berasid. Kebanyakkan soya bersifat 
asidik


8. Soya Shaklee dibasuh dengan menggunakan air bukan dicuci dengan alkohol,
jadi soya shaklee mempunyai isoflavon aktif.


9. Shaklee membuang “anti-tyrosine, anti-growth” dari soya.


10. Susu soya Shaklee adalah mentah tidak dimasak, jadi mengandungi enzim aktif, dan 
asid aminonya tidak terubah oleh haba.


11. Imbangan jumlah asid amino susu soya Shaklee adalah betul.






ESP (Soy Protein Isolate Powder) Shaklee menyediakan 30 hidangan dan setiap 
hidangan mengandungi:


• 14 gram protein soya
• 500 mg kalsium
• 30 + mg isoflavon aktif
• 0 mg kolesterol
• Kurang daripada 1 gm lemak
• 110 kalori
• Gylcemic rendah (sesuai untuk pesakit kencing manis)
• Bebas laktosa
• Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna.


INFO & ORDER :
Shaklee Independent Distributor
ID 892528
Sms/whatsapp 01112909545
Mummy Healthy Vita Store
0

Cadangan Supplement Untuk Masalah Kencing Manis (Diabetic)

Assalamualaikum semua ..selamat pagi 🙂 Harini entry tentang penyakit kencing manis atau diabetes .


Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.

Penjagaan pesakit diabetes dalam program diabetes Shaklee sama sekali tidak bertujuan untuk menyembuhkan sakit diabetes ini sebaliknya mengawal kandungan gula dalam darah, sekaligus mengawal diabetes dari menjadi lebih teruk.

Penyakit kencing manis semakin menular di kalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. 

Penyakit kencing manis membawa kepada :

  • Penyakit Jantung
  • Penyakit Buah Pinggang
  • Luka Lambat Sembuh
  • Hilang Fungsi Saraf


Tanda-Tanda Awal Diabetes:

1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit



Antara Tanda-Tanda Kencing Manis :

  • Sering Dahaga
  • Sering Lapar
  • Kerap Membuang Air Kecil
  • Lemah Badan
  • Penurunan Berat Badan Yang Cepat
  • Penglihatan Semakin Kabur
  • Pening Kepala
  • Luka Lambat Sembuh
  • Masalah Seksual
  • Jangkitan Vagina

Ini merupakan pilihan set vitamin untuk penyakit diabetes yang membantu pesakit diabetes berasa lebih sihat dan kadar diabetes melitus menurun.

PILIHAN 1

  • ESP
  • VITA-LEA
  • GLA COMPLEX
  • VITA-C
  • ZINC COMPLEX
  • ALFALFA COMPLEX
  • B-COMPLEX
1) ESP 

– Bantu kekal paras gula normal dalam darah dan pembaikan luka


2) VITA-LEA

mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.

3) GLA COMPLEX

– membawa kesan positif pada diabetes neuropathy


4) VITA-C 

– Mengukuhkan kapilari dan salur darah


5) ZINC COMPLEX

– Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat


6) ALFALFA COMPLEX

– Kromium (GTF), membantu stabilkan gula dalam darah


7) B-COMPLEX

tukar gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga.



PILIHAN 2





1) VIVIX

– Menstabilkan gula dalam darah. Terdapat potensi yang besar bagi menormalkan tahap gula dalam darah anda dan itu adalah berita besar untuk berjuta-juta rakyat Malaysia yang mengalami wabak penyakit kencing manis baru-baru ini. Jika anda berumur lebih 50 tahun, anda mungkin jatuh ke dalam zon kelabu yang dikenali sebagai pra-diabetes. Ertinya, walaupun anda tidak menunjukkan tanda-tanda masalah gula dalam darah mereka boleh hanya sekitar sudut.


– Polyphenols dalam Vivix mencegah degenerasi sel pankreas mengurangkan risiko penyakit kencing manis

Pilihan set kencing manis ini bergantung kepada anda 🙂 Boleh pilih mengikut kesesuaian bajet anda.Namun sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih tak salah jika anda memilih VIVIX kerana kandungan dalam sebotol VIVIX mampu memberi banyak manfaat dan khasiat kepada anda 🙂


Untuk order dan info lebih lanjut boleh hubungi eyda di :

INFO & ORDER : 
Shaklee Independent Distributor
ID 892528
Sms/whatsapp 01112909545