0

Mighty 3 Gems – Puasa Lebih Bermakna & Bertenaga tanpa Haus & Lapar

image

Assalamua’alaikum semua readers sekalian. Untuk entry kali ni Eyda nak story tentang Set Mighty 3 Gems yang sangat awesome untuk ATASI KELETIHAN KETIKA BERPUASA.

Bulan Ramadhan ni ramai pulak yang tanya pasal Set Mighty Triple Gems/Set Puasa Shaklee ni kan..So harap entry ini akan dapat membantu anda-anda semua :).

image

Kebiasaannya, ketika berpuasa, ramai diantara kita yang rasa sangat bertenaga lepas bersahur tetapi semakin kurang bertenaga bila menjengah ke tengahari sebab waktu ni sistem badan kita dah terbiasa untuk menerima makanan yang akan ditukarkan kepada tenaga, betul tak?

Bila dah tiba waktu petang, lutut dan badan pun dah mula rasa menggeletar sikit-sikit. Lagi-lagi la untuk PESAKIT GASTRIK, IBU MENYUSU, IBU HAMIL, PESAKIT DIABETES, & ORANG-ORANG TUA.

Disinilah istimewanya Set Mighty 3 Gems Shaklee ni. Sebab dalam set ni ada ESP, Mealshake dan Performance Drink. Setiap satu produk ni ada keistimewaan dan peranan masing-masing untuk membantu kita kekal bertenaga sepanjang berpuasa.

image

Kelebihan/Khasiat Set Mighty Triple Gems Shaklee

1) ESP

-Non-GMO soya yang sangat sedap, lemak-lemak berkrim disukai ramai

-Rendah glisemik, dimana tenaga dari makanan akan dilepaskan perlahan-lahan supaya badan kita sentiasa bertenaga dan tak lesu sepanjang hari tak kira kita puasa atau pun tidak

-Sangat bagus untuk PESAKIT GASTRIK yang cepat rasa pedih perut bila lapar

-Siapa yang minum ESP ni setiap hari, kulit akan jadi lebih cerah, parut makin hilang, kulit jadi halus dan lembut semulajadi

2) MEALSHAKE

-Setiap bancuhan Mealshake ni menyediakan 19 jenis vitamin/ galian penting, protein dan serat yang diperlukan oleh badan kita setiap hari

-Sangat bagus untuk bagi rasa kenyang

-Bagi tenaga yang berpanjangan sepanjang bulan puasa

-Ibu-ibu yang hamil atau menyusukan baby, sangat-sangat digalakkan amik Mealshake ni sebab korang sangat-sangat memerlukan tenaga extra

3) PERFORMANCE DRINK:

-Mengekalkan kandungan air dalam badan

-Seimbangkan elektrolit dalam badan supaya badan tak dehydrasi yang menyumbang rasa dahaga yang sangat-sangat terutama ketika panas dan juga semasa puasa

-Bagi tenaga serta merta. Ni yang paling best ni tau.

Okey ni antara testimoni customer yang pernah consume SET MIGHTY TRIPLE GEMS ni..

image

Kalau rasa2 anda nak cuba set ni bolehla hubungi Eyda ya..In shaa Allah konsultasi pemakanan akan diberikan..

Customer is my priority 🙂

Ikhlas,
Agen Shaklee yg juga ambil Set Puasa ni 🙂

Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Pages : Mummy Healthy Vita Store

Advertisements
0

< INFO > GASTRIK DAN APA PUNCANYA ??

GASTRIK!!





SIMPTOM sakit atau senak perut tidak menjurus kepada gastrik semata-mata. Banyak penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza seperti pedih ulu hati, batu dalam pundi hempedu, ulser perut serta radang pankreas. Sama ada individu terbabit diserang gastrik atau bukan, hanya dapat ditentukan selepas diagnosis. 
Pakar Perunding Bedah Pengkhususan Gastrousus dan Laporososkopik Lanjutan, Dr Abdul Fahmi A Karim, berkata masyarakat masih kurang memahami petanda gastrik sebaliknya memberi tanggapan sebarang kesakitan pada perut terutama ketika berpuasa adalah gejala awal penyakit ini. Katanya, gastrik atau nama perubatannya, gastrisis merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut. 
“Sebelum menganggap diri diserang gastrik, individu harus mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar bagi mengelakkan kemungkinan mereka menghidap penyakit lain yang lebih serius,” katanya. Walaupun lapisan mukosa sentiasa beralkali dan melindungi bahagian terbabit daripada dirosakkan bahan memudaratkan seperti alkohol, ubat aspirin, makanan berasid dan pedas serta asap rokok. Apabila lapisan ini semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik hingga menimbulkan radang.
“Sakit lebih dirasai apabila berpuasa disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia.
“Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut,” katanya. 
Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman.
Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori (H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan Hpylori. 



FAKTA :

Simptom gastrik 

* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 

* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 

* Terasa loya. 

* Berat badan turun. 

* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 

* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 

* Kerap sendawa.




Penyakit lain berkaitan sakit perut 


  • Pedih ulu hati – Masalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut (kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas dan batuk. Batu dalam pundi hempedu – Boleh menyebabkan seseorang pedih padabahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi (Ultrasound) di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit. 

  • Radang pankreas – Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap serius kerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan. Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini tersumbat atau rosak. 



  • Ulser perut – Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dindingmukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada menjadi bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil.

    Shaklee Independent Distributor 
    Shaklee ID – 892528
    Email: mummyhealthyvitastore@gmail.com 
    SMS/Whatsapp: 0136950675