0

Supplement Shaklee Untuk Tingkatkan Kesuburan Wanita

Assalamualaikum readers :):)

Sudah tentunya dalam setiap pasangan mengimpikan mempunyai cahaya mata sendiri.. terutamanya wanita.Siapa yang tidak mahu hamil, dan melahirkan zuriat sendiri bukan?Semua wanita ada impian yang sama.. namun begitu, rezeki itu semua di tangan Allah.. siapa kita untuk mempertikaikan rezeki Allah.. cepat atau lambat, semuanya Allah dah tentukan.. sebagai hamba-Nya, kita kena sentiasa usaha, jangan putus asa, redha dan tawakal dengan ketentuan Allah..

image

Pengambilan supplement merupakan salah satu usaha kita untuk hamil… ini kerana supplement membantu memenuhi nutrisi di dalam badan anda supaya ia berfungsi dan bertindak dengan lebih baik..Supplement ini juga membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita dan ini dapat meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.. in shaa ALLAH.. pengambilan supplement Shaklee secara konsisten, sentiasa berdoa pada Allah, in shaa ALLAH, ALLAH akan berikan apa yang kita impikan… ingat… usaha + doa + tawakal.. itu penting..:)

Apakah supplement Shaklee yang boleh membantu anda?

image

Gla Complex Shaklee

1) GLA COMPLEX

✔ Membantu untuk menstabilkan kitaran haid.
✔ Membantu untuk menghasilkan lendir serviks yang berkualiti yang membantu meningkatkan kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur.
✔ Membantu menstabilkan hormon dan mencegah aktiviti sel yang abnormal seperti cyst.

image

B-Complex Shaklee

2) B-COMPLEX

✔ Lengkap dengan kesemua vitamin b yang diperlukan.
✔ Juga mengandungi vitamin B6 (asid folic) yang penting untuk persenyawaan telur oleh sperma.

image

ESP Shaklee

3) ESP

✔ ESP kaya dengan kandungan protein yang merupakan makanan asas kepada sel, dan sel yang sihat membantu memudahkan proses yang berkaitan dengan persenyawaan, dan lain-lain.

✔ ESP membantu membentuk tisu rahim, serta membantu membentuk sel ovum dan sel sperma yang sihat.
  

image

Alfalfa Complex Shaklee

4) ALFALFA COMPLEX

✔ Merupakan sejenis pokok herba yang dikenali dengan khasiatnya dan juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti Vitamin A, C, dan E, kalsium, potassium, fosforus.

✔ Membantu mengatasi masalah keputihan yang sering berlaku di kalangan wanita.. Masalah keputihan inilah yang mengganggu persenyawaan telur di dalam rahim.

image

Cadangan Pilihan Untuk Set Kesuburan Shaklee (Wanita)

Untuk testimoni, click link ini ☛ Testimoni Set Kesuburan Shaklee – Hamil dengan GLA!

Dapatkan supplement Shaklee anda hari ini juga! :):)

Setiap pembelian supplement Shaklee dari kami, akan mendapat FREE CONSULTATION dan TIPS ekslusif daripada Eyda,Nutrisisihat.com.

Eyda Sukiman
ID 892528
Sms/whatsapp 01112909545
Mummy Healthy Vita Store

Advertisements
0

Mighty 3 Gems – Puasa Lebih Bermakna & Bertenaga tanpa Haus & Lapar

image

Assalamua’alaikum semua readers sekalian. Untuk entry kali ni Eyda nak story tentang Set Mighty 3 Gems yang sangat awesome untuk ATASI KELETIHAN KETIKA BERPUASA.

Bulan Ramadhan ni ramai pulak yang tanya pasal Set Mighty Triple Gems/Set Puasa Shaklee ni kan..So harap entry ini akan dapat membantu anda-anda semua :).

image

Kebiasaannya, ketika berpuasa, ramai diantara kita yang rasa sangat bertenaga lepas bersahur tetapi semakin kurang bertenaga bila menjengah ke tengahari sebab waktu ni sistem badan kita dah terbiasa untuk menerima makanan yang akan ditukarkan kepada tenaga, betul tak?

Bila dah tiba waktu petang, lutut dan badan pun dah mula rasa menggeletar sikit-sikit. Lagi-lagi la untuk PESAKIT GASTRIK, IBU MENYUSU, IBU HAMIL, PESAKIT DIABETES, & ORANG-ORANG TUA.

Disinilah istimewanya Set Mighty 3 Gems Shaklee ni. Sebab dalam set ni ada ESP, Mealshake dan Performance Drink. Setiap satu produk ni ada keistimewaan dan peranan masing-masing untuk membantu kita kekal bertenaga sepanjang berpuasa.

image

Kelebihan/Khasiat Set Mighty Triple Gems Shaklee

1) ESP

-Non-GMO soya yang sangat sedap, lemak-lemak berkrim disukai ramai

-Rendah glisemik, dimana tenaga dari makanan akan dilepaskan perlahan-lahan supaya badan kita sentiasa bertenaga dan tak lesu sepanjang hari tak kira kita puasa atau pun tidak

-Sangat bagus untuk PESAKIT GASTRIK yang cepat rasa pedih perut bila lapar

-Siapa yang minum ESP ni setiap hari, kulit akan jadi lebih cerah, parut makin hilang, kulit jadi halus dan lembut semulajadi

2) MEALSHAKE

-Setiap bancuhan Mealshake ni menyediakan 19 jenis vitamin/ galian penting, protein dan serat yang diperlukan oleh badan kita setiap hari

-Sangat bagus untuk bagi rasa kenyang

-Bagi tenaga yang berpanjangan sepanjang bulan puasa

-Ibu-ibu yang hamil atau menyusukan baby, sangat-sangat digalakkan amik Mealshake ni sebab korang sangat-sangat memerlukan tenaga extra

3) PERFORMANCE DRINK:

-Mengekalkan kandungan air dalam badan

-Seimbangkan elektrolit dalam badan supaya badan tak dehydrasi yang menyumbang rasa dahaga yang sangat-sangat terutama ketika panas dan juga semasa puasa

-Bagi tenaga serta merta. Ni yang paling best ni tau.

Okey ni antara testimoni customer yang pernah consume SET MIGHTY TRIPLE GEMS ni..

image

Kalau rasa2 anda nak cuba set ni bolehla hubungi Eyda ya..In shaa Allah konsultasi pemakanan akan diberikan..

Customer is my priority 🙂

Ikhlas,
Agen Shaklee yg juga ambil Set Puasa ni 🙂

Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Pages : Mummy Healthy Vita Store

0

Berpantang Dengan Set Bersalin Shaklee

Assalamualaikum semua ! Harini bersiaran dari “rumah baru” hehe 🙂 Dengan rasminya semalam Eyda telah berpindah dari mummyhealthyvitastore.blogspot.com ke eydasukiman.wordpress.com .Harapnya anda semua suka dengan perubahan baru website Eyda ini .

Nak cerita pengalaman Eyda berpantang sepenuhnya dengan Set Berpantang Shaklee.

Sekarang makin ramai yang sedar tentang kesan pengambilan jamu. Macam Eyda dulu,masa berpantang anak sulung,Qayyim, Eyda pernah beli set berpantang yang ada jamu (Nona Roguy kalau tak silap Eyda).Beli pun sebab ummi Eyda cakap elok tapi akhirnya tak makan langsung sebab Qayyim kena jaundis (demam kuning).Masa tu baru seminggu bersalin.Tapi lepas Qayyim dah habis kena jaundis tu langsung tak makan jugak.Ambil memang ambil tapi selalu sangat skip.Hehe ..Sama juga masa bersalinkan anak kedua, Khalish..Beli Set Bersalin Salindah,pun tak habis makan..Eyda kena sembelit teruk.Meraung time kena tu..Seksa badan. Masa berpantang kedua-dua anak sebelum ni tu memang tak tahu langsung yang kalau baby kuning, kita tak boleh makan jamu. Sebab nanti jaundice baby lagi tinggi. Lastly Eyda tak makan apa-apa jamu ataupun supplement pun.Lagipun masa tu Eyda pun belum jumpa Shaklee lagi.Hinggalah Feb 2013 (time tu Fully Breastfeed Khalish) jumpa Shaklee ni..Lepas tengok banyak-banyak-banyak sangat testimoni/pengalaman orang yang pernah consume Set Bersalin Shaklee ni terus Eyda tanam niat dalam hati,andaikata mengandung lepasni memang nak fully consume Set Kehamilan Shaklee – Set Bersalin Shaklee – Set Menyusu Shaklee. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki Eyda consume ketiga-tiga set ini tahun ini (2014) 🙂

Nak sharelah serba sedikit pengalaman Eyda consume Set Bersalin Shaklee ni kan.

Image

  • Sejurus after bersalin Eyda ambil Esp + Ostematrix nak bagi hilang lenguh-lenguh badan + tambah tenaga(memang berkesan)
  • Luka cepat sembuh(hari ke7 pantang nurse datang cek luka dah kering)
  • BABY GEBU + PUTIH(Sampaikan nurse & doctor pun tegur “Baby awak macam Chinese,Putihnya!”)
  • Susu badan memang banyak.
  • Baby langsung tak kena jaundis(demam kuning)
  • Badan rasa segar + bertenaga
  • Takde sakit urat dan lenguh badan
  • Rahim cepat mengecut(bidan yang cakap masa datang urut)
  • Langsung tak kena sembelit
  • Sangat energetic sebab rasa sihat tak macam lepas bersalin.
  • Rambut Alhamdulillah langsung tak gugur.
  • Dapat bonus lain  Ramai yang tegur kulit muka nampak cerah + flawless (saya memang jenis tak suka makeup..memang natural face macam tu je.Mula-mula tak caya orang cakap sampailah che suami tegur 2,3hari lepas cakap muka nampak lain.)

Alhamdulillah..rezeki Allah beri pada saya masa mengandungkan ank ke3 ini dapat consume Shaklee..Now memang ternyata Shaklee memang BERKESAN .

Supplemen

Sebenarnya Set Bersalin Shaklee ni lebih kurang je dengan Set Menyusu Shaklee, cuma Alfalfa digantikan dengan Zinc. Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, Zinc jugak dapat mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan ataupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah ‘kedinginan’ selepas bersalin :)

Set Vitamin Ibu Menyusu Shaklee (3M)

Mari kita lihat semula apa fungsi Set Asas ( VitaLea, B Complex, dan Vitamin C )  yang ada dalam Set Bersalin Shaklee ni.

 

Image

 

1. VitaLea Shaklee (multivitamin)
– Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan)
– Mengandungi iron (zat besi) yang penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin
– Tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

B-Complex Shaklee

 

2. B Complex Shaklee
– Anti stress (sebagai penenang dan mengelakkan meroyan)
– Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga: memastikan badan bertenaga waktu dalam pantang
– Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
– Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
– Melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam walaupun ketika dalam pantang
– Walaubagaimanapun, pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu

 

Vitamin C Shaklee

Vitamin C Shaklee

3. Vitamin C Shaklee
– Mengurangkan stretch marks!
– Mempercepatkan penyembuhan luka
– Memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin
– Sangat penting untuk menjaga salur darah
– Antioksidan
– Membuatkan kulit makin bersih, cerah, dan cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik

 

Alfalfa Shaklee

Alfalfa Shaklee

Boleh juga add on Alfalfa Shaklee sebagai milk booster, mengatasi masalah keputihan, dan sebagai perapat! Hehe.

– Supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat
– Bantu memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat
– Bantu perkumuhan (lebih lawas)
– Buang angin dalam badan. Secara automatik kesan baik pd baby iaitu susah nak kena kembung
– Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang.
– Berada dalam kategori fiber dan mengenyangkan
– Mengatasi masalah keputihan yang dialami ramai wanita especially selepas melahirkan anak
– Bertindak seperti Kacip Fatimah (perapat wanita)

ESP Shaklee

ESP Shaklee

 

Ostematrix Shaklee

Ostematrix Shaklee

Supplements tambahan lain yang boleh diambil ialah ESP dan Ostematrix. Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu.

 

Lecithin Shaklee

Lecithin Shaklee

Boleh add on Lecithin untuk ibu-ibu yang nak turunkan berat badan sewaktu pantang. Memang selamat untuk ibu-ibu yang menyusukan. Juga membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah sembelit ketika berpantang.

Agak panjang entry kali ni sebab banyak option yang boleh add on kepada Set Bersalin Shaklee ni. Yelahkan, dalam pantang lah kita jaga diri kita elok-elok. Nanti nak beranak lagi. Nak jaga diri untuk suami juga nanti. Betul tak? :D

 

Terpulanglah kepada anda untuk memilih mengikut keperluan sewaktu di dalam pantang. Kalau ada yang berminat dengan Set Bersalin ni, bolehlah SMS or Whatsapp Eyda di 0111 290 9545. Or pm Eyda kat Pages Manager Eyda, klik like badge pages Eyda kat sebelah kanan blog ni. Then bagitahu anda nak tahu lebih lanjut tentang breastfeeding set ni. Nanti Eyda reply ya :)

 

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
0

[ Info ] Kepentingan Protein Semasa Hamil

Assalamualaikum semua! Entry harini tentang kepentingan Protein semasa hamil..Pentingkah??Jom baca 😉



1) Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi! Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN! Maka adalah penting untuk ibu mendapatkan protein berkualti tinggi dari saat ibu tahu telah berbadan dua, bagi memastikan perkembangan otak bayi berlaku dgn baik sekali.

2) Protein sangat penting untukpembentukan otot. Selain membantu dalam proses kelahiran, protein juga diperlukan untuk membina otot bayi. Tanpa disedari, ibu hamil biasanya kehilangan otot akibat kurang senaman dan pergerakan. Dengan pengambilan protein yang mencukupi, ibu dapat mengurangkan kehilangan otot ini. 

3) Protein membantu meningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah dicerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.

——————————

Antara lain khasiat ESP Shaklee kepada ibu hamil:

✔Membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
✔Memberi tenaga berpanjangan kepada si ibu.
✔Memastikan kesihatan ibu di tahap optimum.
✔Membantu perkembangan fetus.
✔Membantu mengatasi masalah loya atau angin kerana dapat memberi rasa kenyang lebih lama.
✔Membantu menjadikan kulit bayi yang bakal dilahirkan halus, cantik dan kurang sensitif

———–

Memang BEST CONSUME ESP ni tau..Dari tak hamil – hamil – bersalin/berpantang – menyusu memang Eyda fully consume ESP ni..sangat3 membantu Eyda 
Nak rasai pengalaman indah seperti eyda jugak?Jom eyda share secret eksklusif eyda dgn anda !
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
0

[ Tips ] Ikhtiar untuk banyakkan susu badan (milk booster) dengan Alfafa Complex & ESP

Assalamualaikum semua…
Mesti ramai dikalangan para ibu kadangkala mengeluh tentang susu mereka yang ‘cukup-cukup’ makan atau kadang-kadang tak cukup bukan?

Tak kurang juga yang mengadu stok EBM mereka umpama ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Macam mana caranya untuk menambahkan susu badan? Betul ke ada supplement yang boleh menjadi milk booster?



Benar setiap anak ada rezekinya, namun jika cara biasa tidak membuahkan hasil, selaku ibu, kita harus mencuba untuk memberikan yang terbaik.


Dan tidak salah mencuba supplement untuk membantu menambah tenaga,mengurangkan tekanan seterusnya membantu menambahkan pengeluaran susu badan.


Terdapat dua supplement asas didalam Set Penyusuan Shaklee yang boleh dicuba jika anda kekurangan budget.Supplement tersebut adalah Alfalfa Complex dan ESP(Soy Protein Isolate Powder).



Mungkin ramai yang tidak mengenali Alfalfa. Kalau sebut Tongkat Ali dan Kacip Fatimah,mungkin ramai yang tahu. Alfalfa ni sebenarnya juga digelar Raja Segala Tumbuhan. Alfalfa sangat glamour dikalangan pengguna vitamin Shaklee.
Untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi dan ingin menambahkan susu badan, AlfaLfa adalah salah satu supplement terbaik yang selalu saya sarankan.
In syaa Allah berkesan untuk boost pengeluaran susu badan anda! Eyda sendiri hingga sekarang mengamalkan pengambilan Alfafa..Alhamdulillah murah rezeki Baby Muhammad 🙂

KHASIAT ALFALFA COMPLEX

Selain tu, Alfalfa juga membantu mereka yang mengalami bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia,sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan,hayfever, gout, bau badan, kaki busuk dan nafas berbau.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman, kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa :

1) Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan,terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel,menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

2) Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

3) Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

4) Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

5) Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

6) Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa :

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit;

ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.


Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa :

  • Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu.
  • Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain. 
  • Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

*Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

Partner kepada Alfalfa dalam menambahkan tenaga dan membantu menambahkan pengeluaran susu badan tak lain tak bukan adalah Energizing Soy Protein (ESP) drink! ESP juga amat popular dikalangan pengguna vitamin Shaklee malahan ada dikalangan para suami yang mencuba ESP.

KHASIAT ESP (SOY PROTEIN ISOLATE POWDER)

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Kelebihan ESP Shaklee :

• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.



Bagaimana ingin memiliki Cadangan Set Penyusuan Asas ini ?
Hubungi Eyda di 01112909545(sms/call/whatsapp/telegram) atau emailkan sebarang pertanyaan ke eydashub@gmail.com
Cadangan Set Penyusuan Bajet ini hanyalah berharga RM203.75 sahaja! Kos pos laju ke
Semenanjung Malaysia adalah RM10 dan Sabah/Sarawak/WP Labuan adalah RM15. 
Setiap pembelian Set Budget BF ini anda akan layak menerima: 
1. Jadual pengambilan
2. Cara pengambilan terbaik
3. Tips utk menambahkan susu ibu
4. Variasi resepi ESP
Semua diatas adalah esklusif untuk pelanggan mummyhealthyvitastore.blogspot sahaja!
Hubungi kami segera!


SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
0

Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan Dengan SET MIGHTY 3 GEMS

Assalamualaikum 🙂 

Alhamdulillah… kini kita sudah pun menghampiri penghujung bulan Syaaban. Lebih kurang satu minggu lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. MasyaAllah rindunya nak sambut Ramadhan. Rindunya nak bertarawih.. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik, panjang umur untuk membuat amal ibadat pada bulan Ramadhan nanti.


Bagaimana dengan persiapan untuk berpuasa anda ? Adakah anda mengalami situasi ini ?

• ada gastrik ?
• bimbang anak baru mula berpuasa tahun ni ?
• cepat rasa lapar dan tidak bertenaga ?
• cepat letih sewaktu bekerja ?
• risau susu merudum ?
• risau kesihatan mak ayah yang mengadu cepat letih dan lapar ?
• anda hamil dan risau tak mampu berpuasa sebab mudah rasa lapar ?


Raikan ramadhan yang bakal tiba ini dengan persediaan yang secukupnya. Anda perlu ambil tahu tentang Mighty 3 Gems. Sebenarnya Mighty 3 Gems ini adalah satu set kesihatan yang disarankan kepada golongan-golongan tertentu untuk mengambilnya ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Antaranya ialah ibu yang menyusu anak, ibu yang mengandung, individu yang bekerja berat, individu yang mudah letih berpuasa dan sebagainya. Walaupun ada kelonggaran untuk para ibu yang menyusu dan hamil namun alangkah indahnya jika kita dapat meraikan ramadhan dengan berpuasa penuh. Ketahui pakej istimewa Mighty 3 Gems sempena ramadhan yang bakal menjelang.



Set Mighty 3 gems 

Umumnya, produk ini terbahagi kepada 3 asas utama iaitu untuk membekalkan vitamin, tenaga, zat galian, dan mengekalkan bendalir badan. Tiga produk asas tersebut adalah :

 

  • Mealshake (perasa French Vanilla), 
  • Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan 
  • Performance Drink atau PD (perasa oren). 

Kesemuanya ini berfungsi untuk membekalkan nutrien dan keperluan seharian tubuh agar terus kekal bertenaga sepanjang hari.

Jika anda biasa mengalami situasi seperti tidak sempat bersarapan, tidak sempat bersahur atau waktu sahur tinggal 5 minit sahaja! Maka anda disarankan mengambil Mighty 3 Gems sebagai ‘back-up’ anda dalam keadaan terdesak kerana ianya mampu membekalkan tenaga dan keperluan nutrien tubuh sepanjang hari di bulan Ramadhan.


Jika anda berbuka puasa dengan Mighty 3 Gems, satu kelebihan untuk anda kerana ianya memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah Maghrib, Isyak serta bertarawih dan bertadarrus. Akhir sekali, bagi ibu menyusu ia membantu ibu berpuasa sambil menyusukan anak. Begitu juga untuk ibu yang sedang mengandung.
Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang maklumat dan konsultasi secara percuma sekarang!


SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
0

Cadangan Supplement Untuk Masalah Keguguran Kandungan (Miscarriage)

Assalamualaikum dan selamat pagi..Harini entry Eyda berkenaan dengan keguguran yang sering berlaku dikalangan wanita yang hamil peringkat awal.
Apa Itu Keguguran ?

  • Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar rahim ibunya.

Sebab-Sebab Terjadi Keguguran


1) Natural Selection – Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. Secara tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang rosak. Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan menyingkirkannya. Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima kesannya. Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya.


2) Ovum dan sprema yang mati sebelum membentuk janin. Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma.


3) Kecacatan struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing manis yang teruk. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh menyebabkan keguguran.


4) Penyakit keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Keputihan biasanya disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan menjangkiti rahim. Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya.

——————————————————————————————————–

Sebab-sebab yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12 minggu (trimester pertama). Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu, masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Ini termasuklah masalah uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak berupaya menahan tekanan.


Faktor rahim ibu tidak cukup hormon. Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan normal. Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya.

———————————————————————————————————



Tanda-Tanda Keguguran
  • Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu.
  • Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius.
  • Pendarahan semasa mengandung.
  • Perut mengecil secara tiba-tiba.
  • Ibu demam, tidak sihat atau pengsan.

Rawatan

  • Rawatan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.
  • Imunisasi dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu mengandung lagi.
  • Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik. Ini juga boleh didapati dalam Cadangan Supplement Keguguran Shaklee.
  • Sekiranya ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu dilakukan bagi membuang sisa kandungan.
  • Tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihkannya. Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh terjadi sekiranya dibiarkan.
  • Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan.
  • Selain itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi.
  • Ubat hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang hormon.

Tips

  • Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal. Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.
———————————————————————————————————

Cadangan Supplement Shaklee Untuk Masalah Keguguran :

  1. B-Complex (With Acid Folic)
  2. Vita-Lea (Multivitamin with Iron Formula)
  3. Vita C Sustained Released 500mg
  4. Zinc Complex
  5. ESP (Soy Protein Isolate Powder)
  6. Ostematrix (Calcium with Vitamin D & Magnesium)
ADD ON : Gla Complex / Alfalfa Complex

———————————————————————————————————



1) B-Complex (With Acid Folic)

  • Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan di kalangan ibu keguguran. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.

2) Vita-Lea (Multivitamin with Iron Formula)

  • Vitalea sangat penting untuk ibu keguguran. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.




3) Vita C Sustained Released 500mg

  • Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.

4) Zinc Complex

  • Zink paling penting dalam proses pemulihan luka dalaman. Mambaik pulih luka dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh keguguran.
5) ESP (Soy Protein Isolate Powder)

  • ESP Susu Soya Protein pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.


6) Ostematrix (Calcium with Vitamin D & Magnesium)

  • Ostematrix adalah kalsium. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot di kalangan ibu keguguran. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.

========================================================================


Kesimpulannya Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran diakui dapat memenuhi keperluan para ibu keguguran bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum. Selain itu, Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan. Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya.



In shaa Allah kita sebagai manusia tidak salah untuk berusaha dan berikhtiar..Selebihnya kita serahkan pada YANG MAHA ESA..In shaa Allah pasti akan ada rezeki buat ibu-ibu diluar sana..Aminn

Sebarang pertanyaan/order/info boleh hubungi Eyda di :

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545