0

Supplement Shaklee Untuk Tingkatkan Kesuburan Wanita

Assalamualaikum readers :):)

Sudah tentunya dalam setiap pasangan mengimpikan mempunyai cahaya mata sendiri.. terutamanya wanita.Siapa yang tidak mahu hamil, dan melahirkan zuriat sendiri bukan?Semua wanita ada impian yang sama.. namun begitu, rezeki itu semua di tangan Allah.. siapa kita untuk mempertikaikan rezeki Allah.. cepat atau lambat, semuanya Allah dah tentukan.. sebagai hamba-Nya, kita kena sentiasa usaha, jangan putus asa, redha dan tawakal dengan ketentuan Allah..

image

Pengambilan supplement merupakan salah satu usaha kita untuk hamil… ini kerana supplement membantu memenuhi nutrisi di dalam badan anda supaya ia berfungsi dan bertindak dengan lebih baik..Supplement ini juga membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita dan ini dapat meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.. in shaa ALLAH.. pengambilan supplement Shaklee secara konsisten, sentiasa berdoa pada Allah, in shaa ALLAH, ALLAH akan berikan apa yang kita impikan… ingat… usaha + doa + tawakal.. itu penting..:)

Apakah supplement Shaklee yang boleh membantu anda?

image

Gla Complex Shaklee

1) GLA COMPLEX

✔ Membantu untuk menstabilkan kitaran haid.
✔ Membantu untuk menghasilkan lendir serviks yang berkualiti yang membantu meningkatkan kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur.
✔ Membantu menstabilkan hormon dan mencegah aktiviti sel yang abnormal seperti cyst.

image

B-Complex Shaklee

2) B-COMPLEX

✔ Lengkap dengan kesemua vitamin b yang diperlukan.
✔ Juga mengandungi vitamin B6 (asid folic) yang penting untuk persenyawaan telur oleh sperma.

image

ESP Shaklee

3) ESP

✔ ESP kaya dengan kandungan protein yang merupakan makanan asas kepada sel, dan sel yang sihat membantu memudahkan proses yang berkaitan dengan persenyawaan, dan lain-lain.

✔ ESP membantu membentuk tisu rahim, serta membantu membentuk sel ovum dan sel sperma yang sihat.
  

image

Alfalfa Complex Shaklee

4) ALFALFA COMPLEX

✔ Merupakan sejenis pokok herba yang dikenali dengan khasiatnya dan juga kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti Vitamin A, C, dan E, kalsium, potassium, fosforus.

✔ Membantu mengatasi masalah keputihan yang sering berlaku di kalangan wanita.. Masalah keputihan inilah yang mengganggu persenyawaan telur di dalam rahim.

image

Cadangan Pilihan Untuk Set Kesuburan Shaklee (Wanita)

Untuk testimoni, click link ini ☛ Testimoni Set Kesuburan Shaklee – Hamil dengan GLA!

Dapatkan supplement Shaklee anda hari ini juga! :):)

Setiap pembelian supplement Shaklee dari kami, akan mendapat FREE CONSULTATION dan TIPS ekslusif daripada Eyda,Nutrisisihat.com.

Eyda Sukiman
ID 892528
Sms/whatsapp 01112909545
Mummy Healthy Vita Store

Advertisements
0

Berpantang Dengan Set Bersalin Shaklee

Assalamualaikum semua ! Harini bersiaran dari “rumah baru” hehe 🙂 Dengan rasminya semalam Eyda telah berpindah dari mummyhealthyvitastore.blogspot.com ke eydasukiman.wordpress.com .Harapnya anda semua suka dengan perubahan baru website Eyda ini .

Nak cerita pengalaman Eyda berpantang sepenuhnya dengan Set Berpantang Shaklee.

Sekarang makin ramai yang sedar tentang kesan pengambilan jamu. Macam Eyda dulu,masa berpantang anak sulung,Qayyim, Eyda pernah beli set berpantang yang ada jamu (Nona Roguy kalau tak silap Eyda).Beli pun sebab ummi Eyda cakap elok tapi akhirnya tak makan langsung sebab Qayyim kena jaundis (demam kuning).Masa tu baru seminggu bersalin.Tapi lepas Qayyim dah habis kena jaundis tu langsung tak makan jugak.Ambil memang ambil tapi selalu sangat skip.Hehe ..Sama juga masa bersalinkan anak kedua, Khalish..Beli Set Bersalin Salindah,pun tak habis makan..Eyda kena sembelit teruk.Meraung time kena tu..Seksa badan. Masa berpantang kedua-dua anak sebelum ni tu memang tak tahu langsung yang kalau baby kuning, kita tak boleh makan jamu. Sebab nanti jaundice baby lagi tinggi. Lastly Eyda tak makan apa-apa jamu ataupun supplement pun.Lagipun masa tu Eyda pun belum jumpa Shaklee lagi.Hinggalah Feb 2013 (time tu Fully Breastfeed Khalish) jumpa Shaklee ni..Lepas tengok banyak-banyak-banyak sangat testimoni/pengalaman orang yang pernah consume Set Bersalin Shaklee ni terus Eyda tanam niat dalam hati,andaikata mengandung lepasni memang nak fully consume Set Kehamilan Shaklee – Set Bersalin Shaklee – Set Menyusu Shaklee. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki Eyda consume ketiga-tiga set ini tahun ini (2014) 🙂

Nak sharelah serba sedikit pengalaman Eyda consume Set Bersalin Shaklee ni kan.

Image

  • Sejurus after bersalin Eyda ambil Esp + Ostematrix nak bagi hilang lenguh-lenguh badan + tambah tenaga(memang berkesan)
  • Luka cepat sembuh(hari ke7 pantang nurse datang cek luka dah kering)
  • BABY GEBU + PUTIH(Sampaikan nurse & doctor pun tegur “Baby awak macam Chinese,Putihnya!”)
  • Susu badan memang banyak.
  • Baby langsung tak kena jaundis(demam kuning)
  • Badan rasa segar + bertenaga
  • Takde sakit urat dan lenguh badan
  • Rahim cepat mengecut(bidan yang cakap masa datang urut)
  • Langsung tak kena sembelit
  • Sangat energetic sebab rasa sihat tak macam lepas bersalin.
  • Rambut Alhamdulillah langsung tak gugur.
  • Dapat bonus lain  Ramai yang tegur kulit muka nampak cerah + flawless (saya memang jenis tak suka makeup..memang natural face macam tu je.Mula-mula tak caya orang cakap sampailah che suami tegur 2,3hari lepas cakap muka nampak lain.)

Alhamdulillah..rezeki Allah beri pada saya masa mengandungkan ank ke3 ini dapat consume Shaklee..Now memang ternyata Shaklee memang BERKESAN .

Supplemen

Sebenarnya Set Bersalin Shaklee ni lebih kurang je dengan Set Menyusu Shaklee, cuma Alfalfa digantikan dengan Zinc. Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, Zinc jugak dapat mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan ataupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah ‘kedinginan’ selepas bersalin :)

Set Vitamin Ibu Menyusu Shaklee (3M)

Mari kita lihat semula apa fungsi Set Asas ( VitaLea, B Complex, dan Vitamin C )  yang ada dalam Set Bersalin Shaklee ni.

 

Image

 

1. VitaLea Shaklee (multivitamin)
– Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan)
– Mengandungi iron (zat besi) yang penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin
– Tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

B-Complex Shaklee

 

2. B Complex Shaklee
– Anti stress (sebagai penenang dan mengelakkan meroyan)
– Menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga: memastikan badan bertenaga waktu dalam pantang
– Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein
– Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
– Melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam walaupun ketika dalam pantang
– Walaubagaimanapun, pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu

 

Vitamin C Shaklee

Vitamin C Shaklee

3. Vitamin C Shaklee
– Mengurangkan stretch marks!
– Mempercepatkan penyembuhan luka
– Memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin
– Sangat penting untuk menjaga salur darah
– Antioksidan
– Membuatkan kulit makin bersih, cerah, dan cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik

 

Alfalfa Shaklee

Alfalfa Shaklee

Boleh juga add on Alfalfa Shaklee sebagai milk booster, mengatasi masalah keputihan, dan sebagai perapat! Hehe.

– Supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat
– Bantu memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat
– Bantu perkumuhan (lebih lawas)
– Buang angin dalam badan. Secara automatik kesan baik pd baby iaitu susah nak kena kembung
– Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang.
– Berada dalam kategori fiber dan mengenyangkan
– Mengatasi masalah keputihan yang dialami ramai wanita especially selepas melahirkan anak
– Bertindak seperti Kacip Fatimah (perapat wanita)

ESP Shaklee

ESP Shaklee

 

Ostematrix Shaklee

Ostematrix Shaklee

Supplements tambahan lain yang boleh diambil ialah ESP dan Ostematrix. Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu.

 

Lecithin Shaklee

Lecithin Shaklee

Boleh add on Lecithin untuk ibu-ibu yang nak turunkan berat badan sewaktu pantang. Memang selamat untuk ibu-ibu yang menyusukan. Juga membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah sembelit ketika berpantang.

Agak panjang entry kali ni sebab banyak option yang boleh add on kepada Set Bersalin Shaklee ni. Yelahkan, dalam pantang lah kita jaga diri kita elok-elok. Nanti nak beranak lagi. Nak jaga diri untuk suami juga nanti. Betul tak? :D

 

Terpulanglah kepada anda untuk memilih mengikut keperluan sewaktu di dalam pantang. Kalau ada yang berminat dengan Set Bersalin ni, bolehlah SMS or Whatsapp Eyda di 0111 290 9545. Or pm Eyda kat Pages Manager Eyda, klik like badge pages Eyda kat sebelah kanan blog ni. Then bagitahu anda nak tahu lebih lanjut tentang breastfeeding set ni. Nanti Eyda reply ya :)

 

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
0

Cadangan Supplement Untuk Masalah Keguguran Kandungan (Miscarriage)

Assalamualaikum dan selamat pagi..Harini entry Eyda berkenaan dengan keguguran yang sering berlaku dikalangan wanita yang hamil peringkat awal.
Apa Itu Keguguran ?

  • Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar rahim ibunya.

Sebab-Sebab Terjadi Keguguran


1) Natural Selection – Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. Secara tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang rosak. Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan menyingkirkannya. Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima kesannya. Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya.


2) Ovum dan sprema yang mati sebelum membentuk janin. Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma.


3) Kecacatan struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing manis yang teruk. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh menyebabkan keguguran.


4) Penyakit keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Keputihan biasanya disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan menjangkiti rahim. Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya.

——————————————————————————————————–

Sebab-sebab yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12 minggu (trimester pertama). Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu, masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Ini termasuklah masalah uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak berupaya menahan tekanan.


Faktor rahim ibu tidak cukup hormon. Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan normal. Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya.

———————————————————————————————————



Tanda-Tanda Keguguran
  • Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu.
  • Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius.
  • Pendarahan semasa mengandung.
  • Perut mengecil secara tiba-tiba.
  • Ibu demam, tidak sihat atau pengsan.

Rawatan

  • Rawatan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.
  • Imunisasi dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu mengandung lagi.
  • Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik. Ini juga boleh didapati dalam Cadangan Supplement Keguguran Shaklee.
  • Sekiranya ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu dilakukan bagi membuang sisa kandungan.
  • Tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihkannya. Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh terjadi sekiranya dibiarkan.
  • Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan.
  • Selain itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi.
  • Ubat hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang hormon.

Tips

  • Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal. Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.
———————————————————————————————————

Cadangan Supplement Shaklee Untuk Masalah Keguguran :

  1. B-Complex (With Acid Folic)
  2. Vita-Lea (Multivitamin with Iron Formula)
  3. Vita C Sustained Released 500mg
  4. Zinc Complex
  5. ESP (Soy Protein Isolate Powder)
  6. Ostematrix (Calcium with Vitamin D & Magnesium)
ADD ON : Gla Complex / Alfalfa Complex

———————————————————————————————————



1) B-Complex (With Acid Folic)

  • Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan di kalangan ibu keguguran. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.

2) Vita-Lea (Multivitamin with Iron Formula)

  • Vitalea sangat penting untuk ibu keguguran. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.




3) Vita C Sustained Released 500mg

  • Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.

4) Zinc Complex

  • Zink paling penting dalam proses pemulihan luka dalaman. Mambaik pulih luka dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh keguguran.
5) ESP (Soy Protein Isolate Powder)

  • ESP Susu Soya Protein pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.


6) Ostematrix (Calcium with Vitamin D & Magnesium)

  • Ostematrix adalah kalsium. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot di kalangan ibu keguguran. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.

========================================================================


Kesimpulannya Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran diakui dapat memenuhi keperluan para ibu keguguran bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum. Selain itu, Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan. Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya.



In shaa Allah kita sebagai manusia tidak salah untuk berusaha dan berikhtiar..Selebihnya kita serahkan pada YANG MAHA ESA..In shaa Allah pasti akan ada rezeki buat ibu-ibu diluar sana..Aminn

Sebarang pertanyaan/order/info boleh hubungi Eyda di :

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
0

Cantik Berseri Dengan Cadangan Set Kecantikan Shaklee

Assalamualaikum semua..Apa khabar anda? 🙂 Entry kali ni Eyda nak kongsikan tentang Cadangan Set Kecantikan Shaklee..Mesti ramai yang teruja nak tahu pasal Set Kecantikan ni kan? Jom baca..


Bila bercakap mengenai wajah cantik berseri ni pasti ramai yang mengimpikannya. Terutamanya untuk mummy-mummy yang sentiasa ingin cantik, vourge dan anggun. Walaupun sudah beranak pinak tapi kecantikan luar dan dalam mesti dipelihara rapi. Bukan untuk siapa pon. Untuk suami kita juga kan? Betul tak? Kalau selekeh jer dan tidak pandai menjaga kecantikan suami pun segan dan mulalah mencari alasan untuk meminggirkan diri dari isteri.Mau mengamokk tak sudah kan? hehe..Apa-apapun..kesihatan luar dan dalam sama pentingnya..


Oleh itu disini Eyda ada cadangan untuk anda-anda diluar sana yang mempunyai masalah kulit.Contohnya seperti kulit kusam..tidak bermaya,tona kulit tak sekata..dan macam2 lagilah..Yelah..siapa yang nak kulit bermasalah kan?Oleh itu jom cuba cadangan SET KECANTIKAN SHAKLEE ni..Ianya bukan sahaja bagus untuk kecantikan luaran..namun ianya “memperbaiki” struktur kulit kita dari dalam.Bagus bukan? Bukan setakat cantik luar tapi dalam pun haruslah cantik.

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok…


Cadangan Set Kecantikan Kulit Shaklee

Ini merupakan antara produk yang ada dalam cadangan Set Kecantikan Shaklee :


  • ESP (Soy Protein Isolate Powder)
  • Vita-E Complex
  • Vita-C Sustained Released 500mg
  • B-Complex

Fungsi dan Peranan bagi setiap produk Set Kecantikan Shaklee :

1) ESP (Soy Protein Isolate Powder)

  •  Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  •  Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  •  Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
  •  Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
  •  Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. Testimoni sebenar dari  rakan saya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa kurang  dari sebulan hanya dengan ESP.
  •  Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
  •  Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda  akan cepat kenyang dan kurang meragam
  •  Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap  optimum
  •  Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel  ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan  dan meningkatkan peluang untuk hamil.
  •  Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

2) Vita-E Complex
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

3) Vita-C Sustained Released 500mg
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit

4) B-Complex
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat

>>> Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:




  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
============================================================================
Mari kita lihat beberapa testimoni pelanggan yang telah menggunakan SET KECANTIKAN SHAKLEE ini.
testimoni 1

testimoni 2
testimoni 3

Untuk kesan yang lebih cantik dan juga untuk masalah kulit tertentu, anda juga boleh mengambil GLA Complex. Boleh hubungi saya untuk mengetahui produk apa yang sesuai untuk anda. Sila nyatakan terlebih dahulu masalah anda. InsyaAllah saya akan membantu anda.Yang penting FREE CONSULTATION 🙂

Yang lagi best..ESP ada promo sekarang tau..Beli 6 Percuma 1..rugi sangat kalau anda tak grab sempena promosi ni !! Harga dijamin MAMPU MILIK + BERBALOI !!


Okey sekiranya anda berminat dengan SET KECANTIKAN ini..anda boleh hubungi Eyda di :

Sms/Whatsapp : 01112909545
Have a nice day ! Assalamualaikum..

0

[ TESTIMONIAL ] Masalah Sembelit Semasa Hamil Hilang Dengan Set Kehamilan Shaklee

Assalamualaikum..Selamat malam 🙂 Buat apa tu?Mesti tengah rehat bersama keluarga kan??Sambil-sambil tu jom baca testimoni customer eyda yang telah consume Set Kehamilan selama seminggu dan masalah sembelit yang dihadapinya selama ini hilang..Alhamdulillah..suka eyda mendengarnya.


Ini merupakan supplement yang diambil oleh beliau :

SET KEHAMILAN TRIMESTER 1

  • VITA-LEA
  • B-COMPLEX
  • VITA C CHEWABLE
  • OSTEMATRIX




INFO & ORDER :
Shaklee Independent Distributor
ID 892528
Sms/whatsapp 0136950675
0

[ INFO ] Kepentingan B-COMPLEX

Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B-COMPLEX


Vitamin B-COMPLEX adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B-COMPLEX terdiri daripada:



1. B1 (thiamin)

2. B2 (riboflovin)

3. B3 (niacin)

4. B5

5. B6 (pyridoxine)

6. B12 (cobalamine)

7. Acid folic

8. Asid panthothenic

9. Biotin



❤ Setiap komponen dalam vitamin B-COMPLEXs memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

❤ Kekurangan vitamin B-COMPLEX boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

❤ Selain itu, kekurangan vitamin B-COMPLEX juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B-COMPLEX akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.




KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.





KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK





1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.





KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.



KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG




1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).


Sebarang info dan order boleh hubungi eyda di :

INFO & ORDER :
Shaklee Independent Distributor
ID 892528
Sms/whatsapp 0136950675

0

Cadangan Supplement Untuk Masalah Kencing Manis (Diabetic)

Assalamualaikum semua ..selamat pagi 🙂 Harini entry tentang penyakit kencing manis atau diabetes .


Penyakit kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes adalah dikategorkan sebagai IBU kepada segala penyakit. Ianya adalah merupakan penyakit kronik yang boleh menyebabkan masalah serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta, kerosakan saraf dan gangrene kaki.

Penjagaan pesakit diabetes dalam program diabetes Shaklee sama sekali tidak bertujuan untuk menyembuhkan sakit diabetes ini sebaliknya mengawal kandungan gula dalam darah, sekaligus mengawal diabetes dari menjadi lebih teruk.

Penyakit kencing manis semakin menular di kalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkannya. Menurut Persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis. 

Penyakit kencing manis membawa kepada :

  • Penyakit Jantung
  • Penyakit Buah Pinggang
  • Luka Lambat Sembuh
  • Hilang Fungsi Saraf


Tanda-Tanda Awal Diabetes:

1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit



Antara Tanda-Tanda Kencing Manis :

  • Sering Dahaga
  • Sering Lapar
  • Kerap Membuang Air Kecil
  • Lemah Badan
  • Penurunan Berat Badan Yang Cepat
  • Penglihatan Semakin Kabur
  • Pening Kepala
  • Luka Lambat Sembuh
  • Masalah Seksual
  • Jangkitan Vagina

Ini merupakan pilihan set vitamin untuk penyakit diabetes yang membantu pesakit diabetes berasa lebih sihat dan kadar diabetes melitus menurun.

PILIHAN 1

  • ESP
  • VITA-LEA
  • GLA COMPLEX
  • VITA-C
  • ZINC COMPLEX
  • ALFALFA COMPLEX
  • B-COMPLEX
1) ESP 

– Bantu kekal paras gula normal dalam darah dan pembaikan luka


2) VITA-LEA

mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.

3) GLA COMPLEX

– membawa kesan positif pada diabetes neuropathy


4) VITA-C 

– Mengukuhkan kapilari dan salur darah


5) ZINC COMPLEX

– Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat


6) ALFALFA COMPLEX

– Kromium (GTF), membantu stabilkan gula dalam darah


7) B-COMPLEX

tukar gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga.



PILIHAN 2





1) VIVIX

– Menstabilkan gula dalam darah. Terdapat potensi yang besar bagi menormalkan tahap gula dalam darah anda dan itu adalah berita besar untuk berjuta-juta rakyat Malaysia yang mengalami wabak penyakit kencing manis baru-baru ini. Jika anda berumur lebih 50 tahun, anda mungkin jatuh ke dalam zon kelabu yang dikenali sebagai pra-diabetes. Ertinya, walaupun anda tidak menunjukkan tanda-tanda masalah gula dalam darah mereka boleh hanya sekitar sudut.


– Polyphenols dalam Vivix mencegah degenerasi sel pankreas mengurangkan risiko penyakit kencing manis

Pilihan set kencing manis ini bergantung kepada anda 🙂 Boleh pilih mengikut kesesuaian bajet anda.Namun sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih tak salah jika anda memilih VIVIX kerana kandungan dalam sebotol VIVIX mampu memberi banyak manfaat dan khasiat kepada anda 🙂


Untuk order dan info lebih lanjut boleh hubungi eyda di :

INFO & ORDER : 
Shaklee Independent Distributor
ID 892528
Sms/whatsapp 01112909545