PUNCA SEBENAR IFA RAZIAH TERPAKSA MENJALANI PEMBEDAHAN PAYU DARA

Assalamualaikum,

Entri kali ni bukan nak bergossip. Tapi nak menyampaikan sesuatu yang ramai orang tak tahu. Rasanya ramai yang dah tau penyanyi/pelakon/pelawak Ifa Raziah baru sahaja menjalani pembedahan payu dara. Tapi ramai yang tak tahu punca kenapa sampai perlu dibedah. 

image

Tak kurang juga yang sibuk bergosip mengatakan beliau membesarkan payu dara. Daripada kita lemparkan tohmahan pada beliau di bulan-bulan Ramadhan ni, saya rasa saya nak kongsikan sesuatu tentang isu ini. Sebenarnya Ifa Raziah dibedah kerana membuang ketulan (lump) yang terdapat di kedua-dua belah payu dara. Apa punca sebenar yang menyebabkan berlaku ketulan tersebut? 

image

Untuk pengetahuan para pembaca, ketulan yang terjadi adalah disebabkan beliau berhenti menyusukan anak secara drastik di saat susu badan masih banyak. Disebabkan faktor kesibukan kerja, beliau putuskan susu sebelum tiba masanya. Beliau tidak mengepam dan membiarkan susu terkumpul begitu sahaja. Ini berlaku pada tahun 2011. 

Atas faktor yang sama juga, beliau telah banyak kali menangguhkan pembedahan. Sehingga baru-baru ini, setelah 3 tahun, beliau tidak mampu lagi untuk menanggung kesakitan, dan akhirnya terpaksa dibedah untuk membuang semua ketulan-ketulan yang telah merebak ke dua-dua bahagian payudara, sebelum ia menjadi lebih parah.

Akibat Cerai Susu Sebelum Tiba Masa

Susu yang terhasil, apabila dibiarkan terkumpul di dalam payu dara dalam tempoh yang lama akan menyebabkan si ibu mengalami bengkak susu. Dan jika ia tidak dikeluarkan dengan cara menyusukan anak atau pun tidak dipam, akhirnya ia akan menjadi ketulan (lump) dan akhirnya menyebabkan jangkitan (infection).

image

Ifa Raziah menyatakan dia sangat kesal dengan tindakannya memutuskan susu. Kalau ditakdirkan beliau mempunyai anak lagi selepas ini, beliau tekad untuk menyusukan anak sehingga habis susu badan. Maksudnya melengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun. 

Saya rasa tertarik dengan nasihat beliau kepada semua ibu bekerjaya di luar sana. Beliau menasihatkan, walau sibuk macam mana sekalipun, jangan sekali-kali skip sesi mengepam susu. Teruskan menyusu anak masing-masing sehingga 2 tahun. Bila berlaku kes begini, sakit yang ditanggung hanya Allah saja yang tahu. 

Memandangkan ketulan yang terhasil terlalu banyak, doktor terpaksa mengambil keputusan membuang terus kedua-dua belah payu dara. Sekarang beliau terpaksa memakai implan, tetapi implan tersebut tidak akan mengganggu kalenjar susu. 

Maksudnya kalau beliau mengandung lagi, beliau masih boleh menyusukan bayinya nanti. Sama-sama kita doakan agar beliau cepat sembuh dan Allah kabulkan doa beliau untuk menyusukan anak dengan susu badan sendiri satu hari nanti.

Kisah Susu Ibu Di Dalam Al-Quran

Kisah susu ibu ini telah pun diceritakan di dalam Al-Quran. Ada sebab kenapa Allah memerintahkan supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 TAHUN, iaitu tempoh yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan Ibu dan Anak. 

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  

– Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Apa yang anda dapat simpulkan daripada firman Allah di atas? 

Kisah Pengajaran Kepentingan Susu Ibu

Pernahkah anda membaca kisah Nabi Musa A.S. yang diceritakan di dalam Al-Quran. Nabi Musa A.S. telah dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil untuk menyelamatkannya daripada di bunuh oleh tentera Firaun.Sebenarnya terselit kisah pengajaran tentang KEPENTINGAN SUSU IBU di dalam kisah ini? Mari kita baca kisah Yukabid, ibu kandung kepada Nabi Musa A.S.

Allah beri kelebihan susu ibu pada wanita ada sebabnya. Susu ibu penuh dengan khasiat dan manfaat kepada anak dan juga manfaat kepada diri ibu sendiri. Allah tidak akan mencipta sesuatu tanpa sebab dan faedah. Semua haiwan menyusukan anak mereka hingga cukup suatu tempoh. 

Hanya kita sebagai manusia sahaja yang menafikan hak anak untuk mendapatkan nikmat susu ibu yang Allah telah beri kepada mereka. Akibat menafikan hak ini, akan memberi impak negatif kepada kedua-dua ibu dan anak. Pulangkan hak susu ibu kepada anak-anak anda. 

Mudah-mudahan kita semua mengambil pengajaran dari kisah ini. Jika anda rasa kisah ini bermanfaat untuk orang lain terutama para ibu, sila klik LIKE button di bawah. Semoga ianya akan menjadi ilmu yang bermanfaat dan pencen kubur kita semua. Amin.

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi saya untuk:- 
FREE CONSULTATION 
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Eyda Sukiman
Sid 892528
01112909545
Mummy Healthy Vita Store

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s